Wednesday 25 July 2012

PROSEDUR PERMOHONAN REKA BENTUK GRAFIK PELBAGAI


Senarai Daftar Reka bentuk Grafik Pelbagai

1. Poster
2. Pelekat Kenderaan
3. Brosur/Risalah
4. Tandanama
5. Kad Nama
6. Borang
7. Bag
8. Pelekat kenderaan
9. Folder
10. Kad Ucapan
11. Sijil
12. Bookmark
13. Letterhead

1.    Setiap permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Reka bentuk Grafik yang boleh didapati di Unit Grafik, Pejabat Hal Ehwal Korporat UTM. Permohonan juga boleh didapati melalui laman sesawang,  http://www.utm.my/corporateaffairs/graphic/our-services/

2.    Permohonan harus disertakan dengan SOFTCOPY dalam perisian Microsoft Word berserta hardcopy bahan berkenaan. Contoh reka bentuk asal juga boleh dilampirkan  bersama borang permohonan reka bentuk.

3.    Permohonan juga boleh dibuat dengan menggunakan faks dan penghantaran e-mail
       ke Unit Grafik.

4.    Permohonan reka bentuk grafik hendaklah dihantar ke Unit Grafik, Pejabat Hal Ehwal Korporat sekurang-kurangnya 2 (DUA) minggu dari tarikh yang diperlukan / tarikh program berlangsung.

5.    Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan ditandatangani oleh pegawai yang bertanggungjawab sebelum dihantar ke Unit Grafik, Pejabat Hal Ehwal Korporat untuk tujuan kelulusan.

6.    Pihak Unit Grafik akan memaklumkan kepada pemohon untuk mengambil artwork (draf 1) untuk tujuan semakan dan pembetulan.

7.    Pihak pemohon hendaklah mengembalikan semula artwork  tersebut ke Unit Grafik untuk tujuan pembetulan / pindaan (jika ada) sebelum final artwork  dikeluarkan bagi tujuan percetakan.

8.    Sekiranya tiada sebarang pembetulan / pindaan, pihak pemohon dikehendaki untuk  menandatangani berserta cop pengesahan di atas final art work  tersebut dan dikembalikan ke Unit Grafik untuk tindakan selanjutnya.

9.    Pihak Unit Grafik akan mengeluarkan CDR final art work tersebut berserta salinan hardcopy pengesahan yang telah ditandatangani dan menyerahkannya kepada pemohon untuk tindakan lanjut.

10.   Unit Grafik hanya terlibat dalam kerja penghasilan reka bentuk grafik sahaja. Bagi urusan percetakan ia akan diuruskan oleh Unit Pentadbiran, Pejabat Hal Ehwal Korporat atau diuruskan sendiri oleh jabatan, fakulti dan pelajar masing-masing.