Tuesday, 31 July 2012
Monday, 30 July 2012
Wednesday, 25 July 2012
PROSEDUR PERMOHONAN REKA BENTUK GRAFIK IKLAN AKBAR DAN MAJALAH
Senarai Daftar Reka bentuk &
Perwajahan Atur huruf Buku
1. Buletin Semasa
2. Berita Harian
3. Harian Sinar
4. New Strait Times
5. Utusan Malaysia
6. Majalah
1.
Setiap permohonan hendaklah dibuat
dengan menggunakan Borang Permohonan Reka bentuk Grafik yang
boleh didapati di Unit Grafik, Pejabat Hal Ehwal Korporat UTM. Permohonan juga
boleh didapati melalui laman web http://www.utm.my/corporateaffairs/graphic/our-services/
2. Borang permohonan hendaklah diisi dengan
lengkap dan ditandatangani oleh pegawai yang bertanggungjawab
sebelum dihantar ke Unit Grafik, Pejabat Hal Ehwal Korporat untuk tujuan
kelulusan.
3. Permohonan
harus disertakan dengan SOFTCOPY dalam perisian Microsoft Word berserta
hardcopy bahan berkenaan. Contoh reka bentuk asal juga boleh dilampirkan
bersama borang permohonan reka bentuk.
4. Permohonan juga boleh dibuat dengan
menggunakan faks dan penghantaran e-mail ke Unit Grafik.
5. Permohonan reka bentuk grafik iklan
hendaklah dihantar ke Unit Grafik, Pejabat Hal Ehwal Korporat
sekurang-kurangnya 3 (TIGA) hari sebelum tarikh iklan disiarkan
bagi akhbar harian dan 2 (DUA) minggu
sebelum tarikh grafik iklan dikeluarkan di majalah terpilih.
6. Pihak Unit Grafik membuat penghantaran
melalui email atau memaklumkan kepada pemohon untuk mengambil artwork
(draf 1) untuk tujuan semakan dan pembetulan.
7. Pihak pemohon hendaklah mengembalikan
semula artwork tersebut ke Unit Grafik untuk tujuan pembetulan/pindaan (jika ada) sebelum final artwork
dikeluarkan bagi tujuan percetakan.
8. Sekiranya tiada sebarang pindaan, PEMOHON
dikehendaki mendapatkan kelulusan dari Timbalan Pengarah Komunikasi Korporat
untuk iklan Bahasa Inggeris dan Timbalan Pendaftar Perhubungan Awam untuk
Bahasa Malaysia berserta cop pengesahan Timbalan Pengarah Komunikasi Korporat pada
final art work tersebut.
9. Penghantaran reka bentuk iklan yang
telah diluluskan perlulah dibuat sendiri oleh PEMOHON ke Syarikat Akbar yang
dilantik. Segala urusan pembayaran juga perlu dilakukan oleh PEMOHON samada
dari Pejabat Hal Ehwal Korporat, Fakulti atau Jabatan.
PROSEDUR PERMOHONAN REKA BENTUK BUNTING DAN BANNER
1.
Setiap permohonan hendaklah dibuat
dengan menggunakan Borang Permohonan Reka bentuk Grafik yang
boleh didapati di Unit Grafik, Pejabat Hal Ehwal Korporat UTM. Permohonan juga
boleh didapati melalui laman web
http://www.utm.my/corporateaffairs/graphic/our-services/
2. Borang permohonan hendaklah diisi dengan
lengkap dan ditandatangani oleh pegawai
yang bertanggungjawab sebelum dihantar ke Unit Grafik, Pejabat Hal Ehwal
Korporatuntuk tujuan kelulusan.
3. Permohonan mestilah disertakan dengan SOFTCOPY
dalam perisian Microsoft Word berserta hardcopy maklumat di
bawah:
(i) Nama Majlis
(ii) Nama Perasmi
(a) Nama perasmi yang boleh
diletakkan pada banner adalah:
1.
Menteri
2.
Pro-Canselor
3.
NC
(b) Nama
perasmi di bawah tidak perlu diletakkan pada banner (memadai hanya status jawatan)
1.
Dekan
2.
Pendaftar
3.
Bendahari
4.
Pengarah-Pengarah
(iii) Tarikh
(iv) Masa
(v) Tempat
(vi) Nama Penganjur
(vii) Nama Penganjur bersama(Sekiranya terdapat
penganjur lain selain UTM sila kemukakan
logo dalam bentuk softcopy)
4.
Permohonan juga boleh dibuat dengan
menggunakan faks dan penghantaran e-mail ke Unit Grafik tetapi penggunaan
borang permohonan masih perlu digunakan.
5. Permohonan reka bentuk banner dan bunting
hendaklah dihantar ke Unit Grafik, PejabatHal
Ehwal Korporat sekurang-kurangnya 5 (LIMA) hari berkerja sebelum tarikh majlis berlangsung.
6. Pihak Unit Grafik akan memaklumkan kepada
pemohon untuk mengambil artwork (draf 1) untuk tujuan semakan dan pembetulan.
7. Pihak pemohon hendaklah mengembalikan
semula artwork tersebut ke Unit
Grafik untuktujuan pembetulan / pindaan
(jika ada) sebelum final artwork
dikeluarkan bagi tujuan percetakan.
8. Sekiranya tiada sebarang pindaan, pihak
pemohon dikehendaki mendapatkan kelulusan
dari Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam berserta cop pengesahan
di atas final art work tersebut dan kembalikan ke Unit Grafik untuk
tindakan selanjutnya.
9. Pihak Unit Grafik akan mengeluarkan CDR
final art work tersebut berserta salinan hardcopy kepada pemohon untuk urusan cetak.
10. Hard copy pengesahan yang telah
ditandatangani akan disimpan dalam fail unit grafik bagi tujuan rekod.
11.
Unit Grafik hanya terlibat dalam kerja
penghasilan reka bentuk grafik sahaja. Bagi urusan percetakan ianya akan
diuruskan oleh Unit Pentadbiran, Pejabat Hal Ehwal Korporat (kerja yang
berkaitan majlis yang dianjurkan oleh Pej. HEK) atau diuruskan sendiri oleh
jabatan,fakulti dan pelajar masing-masing.
12.
Pemohon hendaklah mendapat kelulusan
Pejabat Hal Ehwal Korporat (Unit
Penjenamaan) sebelum pemasangan banner dan bunting dilakukan.
13. Pemohon juga bertanggungjawab untuk
menurunkan bunting dan banner yang dipasang setelah program tamat atau tempoh
tamat pemasangan yang diberikan.
PROSEDUR PERMOHONAN REKA BENTUK WEB BANNER
Setiap
permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Reka bentuk
Grafik yang boleh didapati di Unit Grafik, Pejabat Hal Ehwal Korporat UTM. Permohonan
juga boleh di dapati melalui laman sesawang
http://www.utm.my/corporateaffairs/graphic/our-services/
2. Borang permohonan harus diisi dengan
lengkap dan ditandatangani oleh pegawai yang bertanggungjawab
sebelum dihantar ke Unit Grafik, Pejabat Hal Ehwal Korporat untuk tujuan
kelulusan.
3. Permohonan
mestilah disertakan dengan SOFTCOPY dalam perisian Microsoft Word berserta
hardcopy bahan berkenaan. Sekiranya perlu, contoh reka bentuk asal juga
boleh dimajukan bersama borang permohonan reka bentuk.
4. Permohonan
juga boleh dibuat dengan menggunakan khidmat telefon, faks dan penghantaran e-mail
ke Unit Grafik.
5. Permohonan reka bentuk web banner
hendaklah dihantar ke Unit Grafik, Pejabat Hal Ehwal Korporat sekurang-kurangnya 3 (TIGA) hari sebelum tarikh WEB
hendak disiarkan.
6. Pihak Unit Grafik akan memaklumkan / email
kepada pemohon untuk tujuan semakan dan pembetulan.
7. Pihak pemohon hendaklah mengembalikan
semula artwork tersebut ke Unit Grafik untuk tujuan pembetulan / pindaan (jika ada) sebelum final artwork
dikeluarkan bagi tujuan paparan.
8. Sekiranya tiada sebarang
pembetulan/pindaan, pihak pemohon dikehendaki mendapatkan kelulusan dari Bahagian Komunikasi Korporat dan
Perhubungan Awam berserta cop pengesahan di atas final art work
tersebut dan kembalikan ke Unit Grafik untuk tindakanselanjutnya.
9. Pihak Unit Grafik akan mengeluarkan CDR
final art work tersebut berserta salinan hardcopy kepada pemohon untuk
urusan selanjutnya atau sekiranya perlu Unit Grafik akan berurusan terus
dengan Unit Web CICT untuk tindakan selanjutnya.
10. Hard copy pengesahan yang telah
ditandatangani akan disimpan dalam fail unit grafik bagi tujuan rekod.
PROSEDUR PERMOHONAN REKA BENTUK PERWAJAHAN BACKDROP PENTAS (MANUAL/SLIDE)
1.
Setiap permohonan hendaklah dibuat
dengan menggunakan Borang Permohonan Reka bentuk Grafik yang
boleh didapati di Unit Grafik, Pejabat Hal Ehwal Korporat UTM. Permohonan juga
boleh didapati melalui laman sesawang
http://www.utm.my/corporateaffairs/graphic/our-services/
2. Permohonan hasrus
disertakan dengan SOFTCOPY dalam perisian Microsoft Word berserta
hardcopy bahan berkenaan.
3. Maklumat pada backdrop pentas perlulah lengkap
dan merujuk:
1.1. NAMA MAJLIS
2.2. NAMA PERASMI - Senarai nama perasmi perlu diletakkan
pada backdrop adalah
(i) Pro-Canselor
(ii) NC
(iii) Menteri Senarai nama
perasmi di bawah tidak perlu diletakkan pada backdrop (memadai hanya status
jawatan)
(i) Dekan
(ii) Pendaftar
(iii)
Bendahari
(iv)
Pengarah-Pengarah
2.3 TARIKH majlis berlangsung
2.4 MASA majlis berlangsung
4.
Permohonan juga boleh dibuat dengan
menggunakan faks dan penghantaran
e-mail
ke Unit Grafik tetapi penggunaan borang permohonan juga perlu digunakan bagi
tujuan rekod.
5.
Permohonan
reka bentuk grafik hendaklah dihantar ke Unit Grafik, Pejabat Hal Ehwal Korporat
sekurang-kurangnya 2 (DUA) minggu dari tarikh yang diperlukan/tarikh
program berlangsung (Manual Backdrop) dan 3 (tiga) hari bagi e-backdrop.
6.
Borang permohonan hendaklah diisi dengan
lengkap dan ditandatangani oleh pegawai yang bertanggungjawab
sebelum dihantar ke Unit Grafik, Pejabat Hal Ehwal Korporat untuk tujuan
kelulusan.
7. Pihak Unit Grafik akan memaklumkan kepada
pemohon untuk mengambil artwork (draf 1) untuk tujuan semakan dan
pembetulan.
8. Pihak pemohon hendaklah mengembalikan semula artwork
tersebut ke Unit Grafik untuk tujuan
pembetulan / pindaan (jika ada) sebelum final artwork dikeluarkan bagi
tujuan percetakan.
9.
Sekiranya
tiada sebarang pindaan, pihak pemohon dikehendaki menandatangani berserta
cop pengesahan di atas final artwork tersebut dan kembalikan ke Unit
Grafik untuk tindakan selanjutnya.
10. Unit Grafik akan menyediakan huruf-huruf bagi
ditampal sehari sebelum majlis berlangsung. (Bagi
majlis rasmi universiti sahaja). Bagi aktiviti pelajar, unit grafik tidak
menyediakan perkhidmatan menampal dan menurunkan huruf. (Jawatankuasa
pelajar yang terlibat WAJIB menampal
dan menurunkan huruf bagi setiap aktiviti yang dijalankan). Huruf-huruf yang dipinjam dari Unit Grafik
WAJIB dipulangkan sebaik aktiviti selesai dijalankan (manual
backdrop).
PROSEDUR PERMOHONAN ATUR HURUF DAN PERWAJAHAN DALAMAN BUKU
Senarai Daftar Reka bentuk &
Perwajahan Atur huruf Buku
1. Buku Cenderamata Majlis
2. Buku Penduan Fakulti/Pelbagai
3. Buku Komemoratif
4. Buku Terbitan Khas
5. Kertas Karja Khas
1.
Setiap permohonan hendaklah dibuat
dengan menggunakan Borang Permohonan Reka bentuk Grafik yang
boleh didapati di Unit Grafik, Pejabat Hal Ehwal Korporat UTM. Permohonan juga boleh
didapati melalui laman sesawang
http://www.utm.my/corporateaffairs/graphic/our-services/
2. Borang permohonan hendaklah diisi dengan
lengkap dan ditandatangani oleh pegawai yang bertanggungjawab
sebelum dihantar ke Unit Grafik, Pejabat Hal Ehwal Korporat untuktujuan
kelulusan.
3. Permohonan TIDAK BOLEH dibuat dengan
menggunakan khidmat telefon, faks dan penghantaran e-mail ke Unit Grafik.
4. Permohonan
reka bentuk grafik hendaklah dihantar ke Unit Grafik, Pejabat Hal Ehwal Korporat
sekurang-kurangnya 3 (TIGA) minggu dari tarikh percetakan.
5.
Permohonan
harus disertakan dengan SOFTCOPY dalam perisian Microsoft Word berserta
hardcopy bahan berkenaan. Contoh reka bentuk asal juga boleh dilampirkan
bersama borang permohonan reka bentuk.
7.
Sekiranya atur huruf memerlukan
gambar, pihak pemohon PERLU menyediakan gambar atau imej dalam bentuk format jpeg, tiff atau psd dalam
resolusi 300 dpi bagi menjamin mutu cetakan.
8. Pihak Unit Grafik akan memaklumkan kepada
pemohon untuk mengambil artwork (draf 1) untuk tujuan semakan dan
pembetulan.
9.
Pihak pemohon hendaklah mengembalikan
semula artwork tersebut ke Unit Grafik untuk tujuan pembetulan /pindaan (jika ada) sebelum final artwork
dikeluarkan bagi tujuan percetakan.
10.
Sekiranya
tiada sebarang pindaan PEMOHON dikehendaki menandatangani berserta COP
PENGESAHAN di atas final art work tersebut dan perlu dikembalikan ke
Unit Grafik untuk tindakan selanjutnya.
11.
Pihak Unit Grafik akan mengeluarkan CDR
final art work tersebut berserta salinan hard
copy yang telah ditandatangani
kepada pemohon untuk tindakan selanjutnya.
12. Unit Grafik hanya terlibat dalam kerja
penghasilan reka bentuk grafik sahaja. Bagi urusan percetakan ia akan diuruskan
oleh Unit Pentadbiran, Pejabat Hal Ehwal Korporat atau diuruskan sendiri oleh
jabatan, fakulti dan pelajar masing-masing.
PROSEDUR PERMOHONAN REKA BENTUK GRAFIK PELBAGAI
Senarai Daftar Reka bentuk Grafik
Pelbagai
1.
Poster
2.
Pelekat Kenderaan
3.
Brosur/Risalah
4.
Tandanama
5.
Kad Nama
6.
Borang
7.
Bag
8.
Pelekat kenderaan
9.
Folder
10.
Kad Ucapan
11.
Sijil
12.
Bookmark
13. Letterhead
1.
Setiap permohonan hendaklah dibuat
dengan menggunakan Borang Permohonan Reka bentuk Grafik yang
boleh didapati di Unit Grafik, Pejabat Hal Ehwal Korporat UTM. Permohonan juga
boleh didapati melalui laman sesawang, http://www.utm.my/corporateaffairs/graphic/our-services/
2. Permohonan
harus disertakan dengan SOFTCOPY dalam perisian Microsoft Word berserta
hardcopy bahan berkenaan. Contoh reka bentuk asal juga boleh dilampirkan
bersama borang permohonan reka bentuk.
3. Permohonan juga boleh dibuat dengan
menggunakan faks dan penghantaran e-mail
ke Unit Grafik.
4. Permohonan
reka bentuk grafik hendaklah dihantar ke Unit Grafik, Pejabat Hal Ehwal Korporat
sekurang-kurangnya 2 (DUA) minggu dari tarikh yang diperlukan / tarikh
program berlangsung.
5. Borang permohonan hendaklah diisi dengan
lengkap dan ditandatangani oleh pegawai yang bertanggungjawab
sebelum dihantar ke Unit Grafik, Pejabat Hal Ehwal Korporat untuk tujuan
kelulusan.
6. Pihak Unit Grafik akan memaklumkan kepada
pemohon untuk mengambil artwork (draf 1) untuk tujuan semakan dan
pembetulan.
7. Pihak pemohon hendaklah mengembalikan semula
artwork tersebut ke Unit Grafik
untuk tujuan pembetulan / pindaan (jika
ada) sebelum final artwork
dikeluarkan bagi tujuan percetakan.
8. Sekiranya
tiada sebarang pembetulan / pindaan, pihak pemohon dikehendaki untuk menandatangani berserta cop pengesahan
di atas final art work tersebut
dan dikembalikan ke Unit Grafik untuk tindakan selanjutnya.
9. Pihak Unit Grafik akan mengeluarkan CDR
final art work tersebut berserta salinan hardcopy pengesahan yang
telah ditandatangani dan menyerahkannya kepada pemohon untuk tindakan lanjut.
10. Unit Grafik hanya terlibat dalam kerja
penghasilan reka bentuk grafik sahaja. Bagi urusan percetakan ia akan diuruskan
oleh Unit Pentadbiran, Pejabat Hal Ehwal Korporat atau diuruskan sendiri oleh
jabatan, fakulti dan pelajar masing-masing.
Staf Unit Grafik
MUHAMMAD FADZLI B. ABDUL KAHAR
Pembantu Am Pejabat
(Kontrak)
SENARAI TUGAS
|
Subscribe to:
Posts (Atom)