Thursday 5 July 2012

UNIT GRAFIK

Sejarah penubuhan Unit Grafik bermula pada tahun 1982, dan dikenali sebagai Unit Perhubungan Awam di Kampus Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur. Kemudian pada tahun 1985, unit ini telah diletakkan di bawah pentadbiran Pejabat Pendaftar. Bermula 1988 unit ini ditukar nama kepada Unit Media & Grafik sejak berpindah ke UTM Skudai. Pentadbiran ini telah dipindahkan ke Pejabat Canseleri pada 1997 hampir lima tahun kewujudannya. Kini Unit Media & Grafik diletakkan di bawah pentadbiran Pejabat Hal Ehwal Korporat dengan nama baru Unit Grafik, Pejabat Hal Ehwal Korporat, Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 2009.