1.
Setiap permohonan hendaklah dibuat
dengan menggunakan Borang Permohonan Reka bentuk Grafik yang
boleh didapati di Unit Grafik, Pejabat Hal Ehwal Korporat UTM. Permohonan juga
boleh didapati melalui laman sesawang
http://www.utm.my/corporateaffairs/graphic/our-services/
2. Permohonan hasrus
disertakan dengan SOFTCOPY dalam perisian Microsoft Word berserta
hardcopy bahan berkenaan.
3. Maklumat pada backdrop pentas perlulah lengkap
dan merujuk:
1.1. NAMA MAJLIS
2.2. NAMA PERASMI - Senarai nama perasmi perlu diletakkan
pada backdrop adalah
(i) Pro-Canselor
(ii) NC
(iii) Menteri Senarai nama
perasmi di bawah tidak perlu diletakkan pada backdrop (memadai hanya status
jawatan)
(i) Dekan
(ii) Pendaftar
(iii)
Bendahari
(iv)
Pengarah-Pengarah
2.3 TARIKH majlis berlangsung
2.4 MASA majlis berlangsung
4.
Permohonan juga boleh dibuat dengan
menggunakan faks dan penghantaran
e-mail
ke Unit Grafik tetapi penggunaan borang permohonan juga perlu digunakan bagi
tujuan rekod.
5.
Permohonan
reka bentuk grafik hendaklah dihantar ke Unit Grafik, Pejabat Hal Ehwal Korporat
sekurang-kurangnya 2 (DUA) minggu dari tarikh yang diperlukan/tarikh
program berlangsung (Manual Backdrop) dan 3 (tiga) hari bagi e-backdrop.
6.
Borang permohonan hendaklah diisi dengan
lengkap dan ditandatangani oleh pegawai yang bertanggungjawab
sebelum dihantar ke Unit Grafik, Pejabat Hal Ehwal Korporat untuk tujuan
kelulusan.
7. Pihak Unit Grafik akan memaklumkan kepada
pemohon untuk mengambil artwork (draf 1) untuk tujuan semakan dan
pembetulan.
8. Pihak pemohon hendaklah mengembalikan semula artwork
tersebut ke Unit Grafik untuk tujuan
pembetulan / pindaan (jika ada) sebelum final artwork dikeluarkan bagi
tujuan percetakan.
9.
Sekiranya
tiada sebarang pindaan, pihak pemohon dikehendaki menandatangani berserta
cop pengesahan di atas final artwork tersebut dan kembalikan ke Unit
Grafik untuk tindakan selanjutnya.
10. Unit Grafik akan menyediakan huruf-huruf bagi
ditampal sehari sebelum majlis berlangsung. (Bagi
majlis rasmi universiti sahaja). Bagi aktiviti pelajar, unit grafik tidak
menyediakan perkhidmatan menampal dan menurunkan huruf. (Jawatankuasa
pelajar yang terlibat WAJIB menampal
dan menurunkan huruf bagi setiap aktiviti yang dijalankan). Huruf-huruf yang dipinjam dari Unit Grafik
WAJIB dipulangkan sebaik aktiviti selesai dijalankan (manual
backdrop).